Aksi penerjun negara Nur Dhabitah Sabri ketika membuat terjunan yang sempurna dalam acara 3 meter (m) papan anjal wanita individu pada temasya Olimpik Tokyo 2020 di Pusat Akuatik Tokyo hari ini.
Penerjun berusia 22 tahun, menunjukkan terjunan yang konsisten dalam kelima-lima terjunan, membolehkan beliau yang bermula pada tempat kesembilan pada terjunan pertama melonjak ke tempat keenam selepas lima terjunan, dengan mengumpulkan 312.50 mata keseluruhan pada peringkat separuh akhir hari ini.