KPDNHEP tumpas kegiatan seleweng gas LPG

Iklan
Antara tong gas LPG yang dirampas dalam serbuan di dua buah stor di sekitar Bandar Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan pada Jumaat.

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menumpaskan kegiatan penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) dalam serbuan di dua buah stor di sekitar Bandar Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Azman Adam berkata, operasi ini dilaksanakan hasil risikan yang dijalankan selama tiga minggu dan mendapati premis ini telah menjalankan aktiviti memindahkan gas (decanting) sejak dua bulan lalu.

Menurut beliau, serbuan menemukan sejumlah 126 tong 50 kilogram (kg) LPG (berisi dan kosong) untuk kegunaan industri, 136 tong 14kg (berisi dan kosong) untuk kegunaan domestik dan 1,500 Tin Liquefied Butane Catridge (berisi dan kosong).

Iklan

"Stor tersebut disyaki digunakan sebagai tempat untuk memindahkan gas LPG bersubsidi 14kg ke dalam tong gas LPG kegunaan industri dan kepada tin gas untuk kegunaan dapur portable 230 gram," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Azman berkata, turut disita ialah sebuah lori kargo am had muatan lima tan yang dipenuhi tong gas LPG 14kg.

Iklan

"Turut ditemui peralatan yang digunakan untuk pemindahan gas LPG seperti hos paip, alat timbang dan beberapa bungkus plastik ais bagi tujuan aktiviti memproses pemindahan gas LPG," katanya.

Antara tong gas LPG yang dirampas dalam serbuan di dua buah stor di sekitar Bandar Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan pada Jumaat.

Tambah beliau, modus operandi sindiket ini ialah menerima tong-tong yang berisi LPG domestik 14kg bersubsidi daripada pemborong di sekitar Klang dan Beranang, Selangor.

"Tong-tong LPG bersubsidi tersebut tidak dihantar ke tempat yang sepatutnya, sebaliknya ia dihantar ke stor tersebut untuk memindahkan gas LPG bersubsidi ke tong 50kg (kegunaan industri) dan tin gas untuk kegunaan dapur portable 230g.

"Nilai rampasan dan sitaan dianggarkan bernilai RM147,940," katanya.

Katanya, dua lelaki tempatan dan empat lelaki warga Myanmar berusia 20 hingga 30 tahun yang berada di premis tersebut ditahan bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah kesalahan Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961, Seksyen 20 (1), Akta Kawalan Bekalan 1961, Peraturan 9 (2) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.