Biles tarik diri dua acara akhir

Iklan
Simone Biles -Foto: AFP

PASUKAN Gimnastik Amerika Syarikat (AS) mengesahkan, Simone Biles menarik diri daripada final acara melombol dan palang bertingkat di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"Selepas berbincang dengan petugas perubatan, Simone Biles memutuskan untuk menarik diri. Gimnas itu akan terus dipantau setiap hari untuk menentukan sama ada boleh terus bertanding dalam disiplin senam lantai dan palang imbangan,” kata pasukan gimnastik AS lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Pada Khamis Biles turut menarik diri daripada acara akhir all-around.

Atlet itu dikatakan menarik diri atas masalah 'kesihatan mental'. - Bernama

Iklan
Iklan