Maritim patah cubaan seludup masuk labi-labi

Iklan
Sebahagian daripada lebih kurang 3,300 ekor labi-labi dirampas dipercayai cuba diseludup masuk untuk dipasarkan di negara ini, dalam pemeriksaan ke atas sebuah bot berhampiran Tanjung Tohor pada jam 12.30 pagi semalam. - Foto Bernama

BATU PAHAT - [DIKEMASKINI] Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat berjaya menahan dua individu dan merampas tujuh bungkusan yang mengandungi labi-labi (Carettochelys Insculpta) yang disyaki cuba diseludup masuk, awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman berkata, hasil pemeriksaan ke atas sebuah bot berhampiran Tanjung Tohor, di sini, pada jam 12.30 pagi itu mendapati tujuh bungkusan yang mengandungi lebih kurang 3,300 ekor labi-labi dipercayai cuba dibawa masuk untuk dipasarkan di negara ini.

Iklan
Iklan

"Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM150,000 termasuk sebuah bot yang digunakan oleh suspek dan tangkapan ini adalah hasil kerjasama di antara Zon Maritim Batu Pahat dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 6 serta anggota Pos Parit Unas.

"Kes ini diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Batu Pahat untuk disiasat dan kami (APMM) sentiasa memandang serius dalam usaha membanteras aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang di perairan Batu Pahat" katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, APMM akan terus menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang dan menyeru kepada semua komuniti laut agar dapat menyalurkan sebarang kesalahan dilaut dengan menghubungi APMM untuk sebarang kejadian kecemasan.