Amanah setuju tubuh kerajaan alternatif tanpa kira parti

Iklan
Datuk Hasanuddin Mohd Yunus

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) bersetuju dengan cadangan penubuhan sebuah kerajaan alternatif bagi mewujudkan permuafakatan di antara semua ahli Parlimen tanpa mengira parti dalam menangani pandemik Covid-19 di negara dengan secara teratur dan lebih baik berbanding kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Naib Presiden Amanah, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, beliau percaya rakyat ketika ini mahu sebuah kerajaan yang dianggotai oleh semua ahli Parlimen dan menerajui negara untuk tempoh sementara sehingga Parlimen dibubarkan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan alternatif itu akan berfungsi menyelesaikan permasalahan pandemik Covid-19 agar dapat membantu rakyat yang semakin menderita susulan kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal berbuat demikian.

"Kami datang ke Parlimen untuk membawa satu panji-panji suara rakyat. Kami minta usul dibahaskan untuk melihat apa yang berlaku dalam tempoh darurat dan ordinannya.

Iklan

"Sidang Parlimen ini satu proses semak dan imbang tapi kami tidak berpeluang memberikan pandangan dan teguran.

"Kami sekarang ini sedang memikirkan untuk menggantikan kerajaan yang lemah ini. Bila sebut ganti, ia tidak semestinya diberikan kepada Pakatan Harapan (PH) walaupun kami nak. Tetapi, sekiranya tidak boleh, saya percaya rakyat mahukan satu kerajaan yang menggabungkan semua wakil rakyat,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis pada program Wacana Sinar edisi khas 15 tahun Sinar Harian bertajuk ‘Siapa ‘Hero’ Rakyat?’ yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Sabtu.

Program yang dikendalikan oleh Ismail Adnan itu turut menampilkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Penganalisis Politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis sebagai panelis jemputan.

Berhubung dengan pembatalan Ordinan Darurat sebagaimana yang dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Datuk Seri Takiyuddin Hassan kepada Parlimen, Hasanuddin berkata, maklumat yang diberikan adalah mengelirukan.

Berdasarkan siasatan yang dilakukan, beliau berkata, pihaknya mendapati perkara tersebut belum dihantar ke Istana Negara untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Sangat memalukan apabila Yang di-Pertuan Agong telah memberikan gambaran bahawa apa yang berlaku tidak seperti mana yang disebut dalam Parlimen,” katanya.