Thompson-Herah kekal penguasaan

Iklan
Elaine Thompson-Herah -Foto: AFP

PELARI Jamaica, Elaine Thompson-Herah mempertahankan gelaran acara 100 meter (m) wanita di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas melakar kemenangan dengan masa kedua terpantas dalam sejarah.

Pada aksi di Stadium Olimpik Tokyo itu, pelari berusia 29 tahun tersebut mencatat masa 10.61 saat manakala juara dunia dua kali, Shelly-Ann Fraser-Pryce menang perak dengan 10.74s dan Shericka Jackson menang gangsa dengan 10.76s

Iklan
Iklan

Catatan Thompson-Herah yang memecahkan rekod Sukan Olimpik itu adalah yang kedua terpantas dalam sejarah selepas 10.61s pernah dilakukan mendiang Florence Griffith-Joyner pada edisi Seoul 1988 dengan catatan 10.49s.

"Saya sangat seronok apabila kembali semula dan mengekalkan gelaran. Jantung saya cedera, saya sangat gembira,” kata Thompson-Herah.

Iklan
Iklan