"DATANGLAH jenguk saya,” demikian luahan bekas peninju kebangsaan era 1990-an, Nekmat Jantan yang kini terpaksa berkerusi roda akibat penyakit saraf yang dialaminya sejak tahun lalu.
Pemenang pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 1989 berusia 58 tahun itu berkata, sekiranya ada pihak yang berkenaan menziarahinya, itu sudah cukup menggembirakannya.
Iklan
Iklan
"Saya bukan minta banyak, cukuplah sekadar menjengah dan bertanya khabar terutama daripada kerajaan negeri.
"Itu pun sudah menggembirakan kerana sekurang-kurangnya saya rasa sedikit dihargai,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima bantuan sumbangan wakil peguam negeri Melaka di Rumah Pangsa Saujana Permai di sini pada Sabtu.
Bercerita lanjut, Nekmat berkata, dia langsung tidak menduga akan terlantar dan terpaksa bergantung kepada kerusi roda sepenuhnya untuk bergerak selepas mengalami penyakit saraf melibatkan pinggang hingga ke bahagian belakang badan dan tengkuk.
Nekmat, yang pernah beraksi di kejohanan tinju Piala Presiden di Indonesia pada 1990 berkata, pada awalnya dia masih boleh bergerak menggunakan tongkat namun sejak dimasukkan ke Hospital Melaka pada April tahun lalu, dia mula terlantar dan tidak lagi bebas bergerak, selain memerlukan bantuan isteri untuk ke tandas. - Bernama
Artikel Berkaitan