Warga emas maut motosikal terbabas, saksi diminta tampil

Iklan

PETALING JAYA - Seorang warga emas maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas dalam kejadian di Jalan Sungai Buloh - Kepong pada petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Kosmioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, ketika kejadian suspek dipercayai menunggang motosikal seorang diri.

Iklan
Iklan

"Mangsa berumur 76 tahun itu menunggang motosikal jenis Modenas Kriss sebelum dipercayai hilang kawalan dan terbabas di lokasi kejadian.

"Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan dimasukkan ke zon merah bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Iklan

Mohamad Fakhrudin berkata, suspek bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.42 malam semasa menerima rawatan.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar tampil membantu polis.

Iklan

"Orang ramai yang melihat kejadian dimohon tampil segera ke mana-mana balai polis berhampiran atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa di talian 019-3318339," katanya.