SHAH ALAM - Speaker Dun Selangor, Ng Suee Lim kesal apabila kenyataannya berkaitan teguran etika pemakaian pada Selasa lalu diputarbelitkan seorang Adun.
Menurutnya, tuduhan dilemparkan Adun Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin terhadapannya itu ternyata tidak berasas dan berunsur fitnah.
"Saya tak cakap pun mencemarkan kesucian dewan, cuma minta hormati etika pakaian. Saya ambil serius tuduhan ini dan ia cukup berat. Saya hanya minta semua Adun disiplin patuhi etika pemakaian.
"Ini kerana etika pemakaian ‘lounge suit’ untuk hari biasa dan baju Melayu pula pada hari Jumaat sejajar dengan amalan yang diguna pakai sejak 1959,” katanya.
Adun Sekinchan itu menjelaskan, pihaknya kesal apabila kenyataannya diputarbelitkan berkaitan teguran etika pemakaian seorang Adun pada Selasa lalu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Speaker Dun kena tarik balik larangan pakai baju Melayu]
Dalam pada itu, Suee Lim yang juga Adun Sekinchan berkata, cadangan kelonggaran pemakaian baju Melayu sebagai pakaian rasmi boleh dijadikan usul untuk dibahaskan dalam Sidang Dun.
"Adun boleh bahaskan usul pindaan dalam Peruntukan Peraturan Tetap Negeri Selangor tidak menyeluruh dan perlu ditambah baik. Bangun dan bahas dalam dewan. Minta cadangkan pindaan sebab memang hak seorang Adun untuk membahaskan isu ini.
"Ini peluang terbaik beliau untuk bahaskan isu ni tapi saya tengok beliau tak bangun dan hanya buat sidang media untuk putar belit kenyataan,” katanya.