JOHOR BAHRU - Peningkatan mendadak kes Covid-19 di Johor kebelakangan ini, dikenal pasti berpunca daripada kluster industri dan kluster komuniti, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan.
Beliau berkata kes dikesan berlaku dalam kalangan pekerja yang tinggal di asrama pekerja dan berkaitan aktiviti sosial pada musim perayaan atau upacara kematian.