Gerakan syor MCA, MIC keluar dari BN sertai PN

Iklan
Mak Kah Keong

SHAH ALAM - Dua komponen Barisan Nasional iaitu MCA dan MIC seeloknya keluar daripada parti berkenaan dan menyertai Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Mak Kah Keong berkata, sokongan yang dinyatakan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan untuk memimpin negara adalah satu langkah yang tepat.

Iklan
Iklan

"MCA dan MIC kedua-duanya menjadi parti yang selalu diabaikan dan dipinggirkan dalam keputusan dibuat dalam BN.

"Kedua parti itu kelihatan dua bintang yang ditenggelamkan oleh kegelapan sehinggalah mereka menjadi sebahagian daripada kerajaan PN. Jadi eloklah keluar BN,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Dalam pada itu, beliau berkata, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri A Vigneswaran pernah mengeluarkan kenyataan bahawa asas pembentukan BN kini terancam apabila semangat hormat-menghormati antara satu sama lain tidak lagi wujud.

"Jika mereka tidak sedar, sudah pasti Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) banyak kerusi tradisional mereka akan dirampas semula oleh parti komponen sendiri,” ujarnya.

Iklan

Jelas Kah Keong, kelangsungan hidup rakyat jauh lebih penting daripada percaturan parti-parti politik lebih-lebih lagi dalam keadaan negara sedang berhadapan krisis kesihatan dan ekonomi.