Semarak Jalur Gemilang

Iklan
Kanak-kanak Orang Asli Suku Kaum Semelai mengibarkan Jalur Gemilang bagi melahirkan perasaan sayang dan cinta terhadap negara pada tinjauan di Kampung Batu Peti, hari ini. Malaysia Prihatin kekal sebagai tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini yang membawa maksud 'Malaysia' iaitu rakyat negara ini berganding bahu memerangi pandemik COVID-19 manakala 'Prihatin' mewakili Kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui insiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). - Foto Bernama