ALEXANDER Zverev dari Jerman meraih pingat emas dalam acara tenis perseorangan lelaki dengan kemenangan 'straight-set' 6-3, 6-1 ke atas Karen Khachanov dari Jawatankuasa Olimpik Rusia (ROC) di Sukan Olimpik Tokyo pada Ahad.
Pilihan keempat itu sebelum ini menewaskan pemain nombor satu dunia Novak Djokovic di peringkat separuh akhir, lapor Xinhua.
Sementara itu, Djokovic gagal merangkul gangsa selepas ditundukkan pemain Sepanyol, Pablo Carreno Busta dalam tiga set 4-6, 7-6, 3-6. - Bernama