Tokyo 2020: Juni, Nuraisyah takkan mengalah

Iklan
Juni, Nuraisyah antara atlet Malaysia menggalas cabaran di Tokyo 2020. - Foto Nikos Alevromtis: International 470 Class Association

GANDINGAN pelayar negara, Juni Karimah Noor Jamali dan Nuraisyah Jamil bertekad bangkit memberikan aksi terbaik dalam dua perlumbaan terakhir acara International 470 Wanita di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Isnin.

Malah menurut Juni, mereka berdua akan menggunakan segala pengalaman bagi mengharungi perlumbaan kesembilan dan ke-10 yang disifatkan lebih mencabar bagi menamatkan saingan di kedudukan lebih baik.

Iklan
Iklan

"Hari ini current agak kuat di penanda pertama jadi kami dekati penanda kami punya line telmapau tide layline so kami terpaksa tack untuk round penanda semula. Jadi dari situ kami sudah mulai kehilangan kedudukan kami.

"Untuk perlumbaan kelapan pula, bot kami berdepan masalah teknikal sekaligus menyebabkan kali tidak dapat menamatkan perlumbaan pada kali ini.

Iklan

"Apapun, kami masih mempunyai dua perlumbaan lagi pada esok (Isnin), kami akan lebih bersedia memberikan aksi terbaik dan tidak sesekali akan mengalah walaupun pada hari ini mengakhiri saingan di kedudukan ke-20," katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Untuk rekod pada perlumbaan ketujuh di Enoshima Yacht Harbour, Juni dan Nuraisyah menamatkan saingan di tempat ke-20 pada perlumbaan ketujuh yang menyaksikan penguasaan gandingan Great Britain, Hannah Mills-Eilidh McIntyre mengungguli saingan berkenaan.

Iklan

Keputusan itu menyaksikan Juni dan Nuraisyah kini menduduki tangga ke-20 daripada 21 pelayar secara keseluruhan dengan 130 mata bersih manakala Hannah-Eilidh mendahului carta dengan catatan 18 mata bersih selepas lapan perlumbaan.