Datuk nafi lakukan amang seksual terhadap dua cucu

Iklan
Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Isnin atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua cucunya tahun lalu.

SEREMBAN - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Isnin atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua cucunya tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 62 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Diana Md Razali selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh yang merupakan seorang peneroka Felda telah melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 10 dan 8 tahun.

Perbuatan itu dilakukan antara bulan Ogos hingga September 2020, pada jam lebih kurang 11 malam di sebuah rumah di Felda dekat sini.

Iklan

Berikutan itu tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh dihukum dengan sebat.

Iklan
Tertuduh (dua dari kanan) bercakap dengan peguam yang mewakilinya di Mahkamah Sesyen Seremban pada Isnin

Timbalan Pendakwa Raya Hafizah Harun tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan tertuduh merupakan datuk kepada mangsa.

Tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Intan Athirrah Md Pazir dalam rayuannya berkata, sejak Disember lalu tertuduh tidak lagi berhubung dengan mangsa dan telah memberi kerjasama yang baik dengan polis.

Mahkamah menetapkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh tidak dibenarkan mendekati mangsa.

Sebutan semula kes pada 2 September depan.