BANDAR GAZA - Bekas Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh disahkan menang tanpa bertanding untuk memegang jawatan ketua politik parti tersebut.
Perkara itu disahkan oleh seorang pegawai pergerakan tersebut pada Isnin.
Dalam satu kenyataan, Hamas menyatakan Haniyeh dipilih semula selepas berpuluh-puluh juta anggotanya mengambil bahagian dalam pilihan raya di peringkat dalaman pergerakan Islam berkenaan.
Haniyeh merupakan ketua biro politik Hamas sejak tahun 2007.
Beliau tinggal di luar Gaza dan dikatakan menetap antara Turki dengan Qatar.
Haniyeh juga dilaporkan terlibat dalam perbincangan gencatan senjata yang ditaja oleh Mesir yang sekali gus menamatkan pertempuran antara negara haram Yahudi dengan Hamas pada Mei lalu.
Hamas menang dalam pilihan raya perundangan yang diadakan kali terakhir pada tahun 2006 yang sekali gus mengejutkan pesaingnya iaitu Fatah.
Kejayaan Haniyeh itu melekapkan proses pilihan raya Hamas yang bermula sejak Mac lalu dengan pemilihan semula ketua pergerakan tersebut di Gaza, Yahya Shinwar. - Agensi