Penduduk DUN Morib boleh 'walk in' suntikan vaksin

Iklan
Penduduk sekitar DUN Morib dipelawa ke Dewan MPKL Taman Banting Baru bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 secara terus, pada Isnin.

SHAH ALAM - Penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib yang masih belum mendaftar MySejahtera dan tidak menerima tarikh janji temu dipelawa ke Dewan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) Taman Banting Baru bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 secara terus pada Isnin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin berkata, program suntikan vaksin Covid-19 itu di bawah Program Vaksin Selangor (SelVax) komuniti DUN Morib bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Iklan
Iklan

"Mereka yang belum mendaftar atau belum menerima tarikh janji temu (MySejahtera) boleh terus 'walk in' ke PPV (Pusat Pemberian Vaksin) SelVax pada jam 10 pagi," katanya yang memuat naik status di Facebook beliau pada Isnin.

Hasnul berkata, bagi yang bukan warganegara juga dipelawa hadir ke PPV itu pada jam 1 tengah hari.

Iklan

"Pastikan anda muat turun aplikasi Selangkah terlebih dahulu sebelum ke PPV SelVax bagi mengelakkan kesesakan dan masa menunggu yang lama.

"Install Selangkah di https://play.google.com/store/apps/details," katanya.

Iklan