Warga emas seluruh negara boleh walk-in dapatkan vaksin

Iklan
Khairy pada sidang akhbar perkembangan PICK di Putrajaya pada Isnin.

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Warga emas yang belum mendapat tarikh janji temu untuk vaksinasi boleh mengunjungi pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara secara terus atau 'walk in' mulai minggu hadapan.

Ia selepas Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) memutuskan untuk memperluaskan pelaksanaan kaedah 'walk-in' bagi warga emas yang dilaksanakan di Lembah Klang ke semua negeri.

Iklan
Iklan

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, CITF negeri akan membuat pengumuman lanjut mengenai hal tersebut.

"Secara dasarnya, CITF Persekutuan telah memutuskan untuk memperluaskan kaedah ini ke seluruh negara," katanya pada sidang akhbar perkembangan PICK pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, pemberian vaksin kepada golongan emas di Lembah Klang secara 'walk-in' pada 17 Julai lalu turut diteruskan.

"Setakat hari ini, lebih 95 peratus warga emas di seluruh negara telah mendaftar untuk divaksinkan," katanya.

Iklan