Rojas bangga pecah rekod dunia

Iklan
Yulimar Rojas

JUARA dunia dua kali dari Venezuela, Yulimar Rojas memecahkan rekod dunia ketika menyambar pingat emas acara lompat kijang wanita Sukan Olimpik 2020 pada Ahad.

Rojas melakukan lompatan sejauh 15.67 meter (m) pada percubaan keenam dan terakhir, sekali gus memadam rekod terdahulu 15.50m yang dipegang Inessa Kravets dari Ukraine sejak 1995.

Iklan
Iklan

"Saya memang menyasarkan untuk melakar rekod dunia dan saya tahu saya boleh melakukannya. Ketika melakukan lompatan, saya dengar orang menjerit 'wow'.

"Saya tidak perlu melihat kerana minda saya, hati dan badan mengetahui saya telah memecahkan rekod dunia. Jurulatih saya menjerit dan ia sesuatu yang sangat mengujakan.

Iklan

"Saya rasa saya membuka pintu bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi kepada semua orang untuk bersama-sama mencatatkan rekod dan perkara baik untuk negara," katanya.

Pingat perak pula menjadi milik Patricia Mamona dari Portugal dengan catatan 15.01m dan gangsa menjadi milik atlet Sepanyol, Ana Peleteiro (14.87m).

Iklan