Naib Presiden AS Kamala Harris dijadual lawat Vietnam, Singapura

Iklan
Kamala Harris -Foto EPA

HANOI - Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris akan mengadakan lawatan ke Vietnam dan Singapura, menurut Rumah Putih baru-baru ini.

Lawatan itu bertujuan"mengeratkan hubungan dan memperluas kerjasama ekonomi dengan dua rakan kongsi penting Indo-Pasifik AS," kata Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik jurucakap, Symone Sanders dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Sanders berkata Washington"mengutamakan untuk membina semula perkongsian global dan memelihara keselamatan negara kita, dan lawatan itu akan memperkukuh lagi usaha itu dan penglibatan kita di Asia Tenggara."

Sempena lawatan itu, Naib Presiden dijangka bertemu pemimpin kedua-dua negara untuk berbincang mengenai isu kepentingan bersama antara lain mengenai keamanan serantau, tindak balas global terhadap pandemik Covid-19 dan perubahan iklim. - Bernama

Iklan
Iklan