ANKARA - Jumlah suntikan vaksin Covid-19 yang telah diberi di seluruh dunia melepasi 4.18 bilion pada Isnin, menurut Agensi Anadolu, memetik Our World in Data.
China, negara pertama virus itu dikesan pada akhir 2019, mendahului senarai dengan lebih 1.67 bilion suntikan, diikuti India dan Amerika Syarikat, masing-masing 472.22 juta dan 346.46 juta.