KUALA LUMPUR - Sebanyak 21,668,999 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat Isnin.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 14,471,138 orang menerima suntikan dos pertama manakala 7,197,861 orang menerima dos kedua.