Program sasar warga emas, OKU tiada akses aplikasi MySejahtera

Iklan
S Veerapan

TAMPIN - Program Outreach Vaksinasi Covid-19 di daerah ini bermula pada Selasa dengan mensasarkan lebih 4,700 penerima vaksin di sembilan tanah rancangan Felda.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, vaksin bermula di Felda Bukit Rokan diikuti Felda Bukit Rokan Utara.

Iklan
Iklan

"Program ini mensasarkan golongan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang tiada akses kepada aplikasi MySejahtera dan mereka yang telah lama berdaftar melalui MySejahtera tetapi masih menunggu untuk janji temu vaksinasi.

"Selain itu program ini juga menyasarkan golongan emas yang terlepas janji temu vaksinasi kerana masalah pengangkutan dan mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV)," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Veerapan memberitahu, kelulusan diberikan oleh Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Pusat untuk memperbanyakkan Program Outreach Vaksinasi Covid-19 terutama di kawasan luar bandar.

"Program Outreach Vaksinasi ini akan membantu mempercepatkan vaksinasi di kawasan luar bandar dan membantu menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” katanya.

Iklan

Tambah beliau, golongan berisiko tinggi di daerah ini merupakan sasaran program outreach seterusnya melibatkan pekerja di tiga buah pasar raya utama.

Sementara itu Veerapan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah berkata, bagi penduduk Dewan Undangan Negeri (Dun) Repah yang masih belum menerima janji temu diminta hubungi Pusat Khidmat Rakyat DUN Repah di talian 06-441 5052 untuk perkhidmatan bantuan pendaftaran vaksinasi.