ATLET Norway Karsen Warholm merangkul emas bagi acara final 400 meter lari berpagar Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Selasa.
Atlet berusia 25 tahun itu memecahkan rekod miliknya sendiri apabila mencatatkan masa 45.94 saat bagi mengatasi 46.70 saat yang dicatatkannya pada 1 Julai lalu.
Iklan
Iklan
Pencapaian itu sekali gus menjadi Warholm sebagai atlet pertama yang mencatatkan masa di bawah 45 saat bagi acara 400 meter lari berpagar.
Difahamkan, sejak 1992, rekod bagi acara 400 meter lari berpagar tidak pernah dipecahkan oleh mana-mana atlet sehingga ke hari ini.
Dalam pada itu, atlet Amerika Syarikat (Rai Benjamin), meraih perak dengan catatan masa 46.17 saat gangsa menjadi milik atlet Brazil, Alison Dos Santos yang mencatatkan 46.72 saat.