PPVIN Pelabuhan Pulau Pinang mula beroperasi

Iklan
PPVIN Sektor Pengangkutan bagi Pelabuhan Pulau Pinang memulakan operasi di Terminal Swettenham Pier Cruise pada Selasa dengan pemberian 200 dos sehari.

GEORGETOWN - Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) Sektor Pengangkutan bagi Pelabuhan Pulau Pinang memulakan operasi di Terminal Swettenham Pier Cruise pada Selasa dengan pemberian 200 dos sehari.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Tiek Cheng berkata, PPVIN itu diwujudkan bagi menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksana kerajaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, PPVIN terbabit dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia Wilayah Utara dan Penang Port Sdn Bhd dibuka bermula jam 8.30 pagi hingga 2 petang menfokuskan pemberian vaksin kepada petugas barisan hadapan di Pelabuhan Pulau Pinang.

Teik Cheng melihat proses suntikan vaksinasi yang dilakukan.

"Program ini akan memanfaatkan sebanyak 5,434 orang petugas barisan hadapan dan ia sekali gus akan dapat membantu kerajaan dalam usaha mencapai kelompok imuniti khususnya di Pelabuhan Pulau Pinang.

Iklan

"Dengan adanya petugas yang komited serta kemudahan lengkap dan kerjasama pelbagai pihak, proses vaksinasi yang berlangsung hari ini (Selasa) terlaksana dengan begitu baik," katanya ketika ditemui pemberita ketika meninjau PPVIN Pelabuhan Pulau Pinang, di sini pada Selasa.

Teik Cheng berharap perlaksanaan PPVIN berkenaan akan memberi impak positif terhadap penurunan kes jangkitan Covid-19 dalam komuniti pelabuhan dan juga sektor pengangkutan di negeri ini.

Iklan