Sena sifatkan kemenangannya ibarat mimpi

Iklan
Sena bersama pingat yang dimenanginya.

ATLET tinju wanita Jepun, Sena Irie menyifatkan kejayaannya menumpaskan atlet Filipina yang juga juara dunia, Nesthy Potecio bagi kategori 54 ke 57 kilogram Sukan Olimpik Tokyo pada Selasa, ibarat mimpi.

Menurut atlet berusia 20 tahun itu, dia langsung tidak mengingati pertarungan berkenaan dan hanya menyedarinya setelah ia berakhir.

Iklan
Iklan

"Saya merasakan saya berada di pertengahan sebuah mimpi. Ia masih belum berakhir, kerana saya hanya mahu terus memandang pada pingat yang saya menangi.

"Apa pun, saya memang gembira kerana berjaya memenangi emas pada Olimpik kali ini,” katanya.

Iklan

Sena bermula pantas pada pertarungan pusingan pertama terutamanya menerusi tumbukan tangan kirinya yang tepat ke arah Potecio, sekali gus sebulat suara mendapat kemenangan 10-9 daripada juri.

Bagaimanapun, Petecio dilihat menggunakan pengalamannya pada pusingan kedua dengan cuba untuk bangkit bagi menewaskan Sena dan kali ini juri memberikan kemenanga kepada peninju Filipina itu.

Iklan

Biarpun pertarungan pusingan ketiga, berlangsung sengit, namun mempamerkan aksi terbaiknya pada pertarungan itu sehingga berjaya meyakinkan para juri bagi memilihnya selaku pemenang.

Sena (kanan), melepas tumbukan kepada Petecio.

Untuk rekod, pingat emas berkenaan adalah yang ketiga dimenangi oleh peninju Jepun setelah dua pingat emas sebelum ini dimenangi dalam acara lelaki melibatkan peninju Takao Sakurai bagi kategori bantamweight pada Sukan Olimpik Tokyo 1964 dan seterusnya Ryota Murata bagi kategori middleweight pada Olimpik London, 2012 lalu.

Mengulas mengenai kemenangannya, Sena berkata, dia berjaya mengimbangi pertarungan berkenaan dengan membalas setiap tumbukan daripada Petecio.

"Selepas setiap tumbukan yang dilepaskan, saya berjaya menahannya serta membalas tumbukan berkenaan.

"Namun, saya perlu akui, lawan saya kali ini sememangnya seorang peninju yang kuat. Namun, saya sungguh gembira kerana akhirnya berjaya memenangani pertarungan ini,” katanya.

Terdahulu pada Selasa, seorang lagi peninju Jepun, Ryomei Tanaka mengesahkan dirinya ke separuh akhir kategori flyweight apabila menumpaskan peninju Colombia, Yuberjen Herney Martinez Rivas, pada aksi suku akhir.

Peninju berusia 27 tahun itu menang 4-1 bagi menempah pertarungan dengan atlet Filipina, Carlo Paalam, pada Khamis.

Untuk rekod, kedua-dua peninju yang tewas pada pertarungan di peringkat separuh akhir dalam acara tinju akan menerima pingat gangsa.

Kemenangan Tanaka itu sekali gus memastikan Jepun bakal memenangi sekurang-kurangnya tiga pingat Olimpik dalam acara lelaki dan wanita pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan sekali gus muncul selaku negara yang paling banyak memenangi pingat bagi acara berkenaan.