Nuraisyah, Juni Karimah catat keputusan terbaik perlumbaan terakhir

Iklan
Nuraisyah dan Juni Karimah

DUO pelayaran negara, Nuraisyah Jamil (helm), Juni Karimah Noor Jamali (krew) mencatatkan keputusan terbaik apabila menamatkan perlumbaan terakhir iaitu perlumbaan ke-10 (Race 10) bagi acara 470 International Wanita Sukan Olimpik Tokyo pada kedudukan ke-11.

Bagaimanapun, kedudukan ke-11 itu tidak dapat membawa duo pelayaran negara itu ke ‘medal race’ apabila tidak berada dalam kelompok 10 pelayar terbaik daripada 10 perlumbaan yang diharungi.

Iklan
Iklan

Biarpun pada awal perlumbaan ke-10 itu, Nuraisyah dan Juni Karimah dilihat berdepan sedikit kesukaran dengan kelajuan angin 8 knot, namun ia berjaya diatasi dengan baik bagi memintas pelayar-pelayar lain pada perlumbaan berkenaan.

Setelah mengharungi 10 perlumbaan, Nuraisyah dan Juni Karimah berada pada kedudukan ke-19 secara keseluruhannya.

Iklan

Terdahulu, Nuraisyah dan Juni Karimah menamatkan perlumbaan ke sembilan (Race 09) pada kedudukan ke-17 daripada 21 pelayar yang beraksi.

Secara keseluruhannya, kejayaan menamatkan perlumbaan terakhir (perlumbaan ke-10) bagi acara berkenaan, turut dilihat sebagai pencapaian terbaik duo pelayaran itu pada penampilan sulung mereka di pentas Olimpik.

Iklan