HSAH terima kontena sejuk beku simpanan jenazah Covid-19

Iklan
Kontena simpanan mayat Covid-19 diserahkan kepada Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, pada Selasa.

SUNGAI PETANI- Sebuah kontena sejuk beku simpanan mayat Covid-19 diserahkan penceramah bebas, Ebit Lew kepada Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini pada Selasa.

Ebit Lew melalui hantaran di Facebook memaparkan kontena tersebut telah dihantar ke HSAH dan turut menghantar sebuah lagi kontena kepada Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang.

Iklan
Iklan

Menurut Ebit Lew, kontena tersebut telah dilengkapi dengan rak simpanan jenazah yang boleh dipasang dan digunakan.

"Syukur sangat rasa kami dapat beli dua buah kontena sejuk beku simpanan mayat dan terus serahkan ke Hospital Kepala Batas dan HSAH," katanya melalui hantaran tersebut pada Selasa.

Iklan
Ebit Lew (dua dari kiri) ketika hadir menyerahkan kontena simpanan mayat Covid-19 kepada Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, pada Selasa.

Ebit Lew turut berkongsi pengalaman petugas barisan hadapan ketika merawat pesakit Covid-19 yang membuatkannya sebak.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu melancarkan urusan penghantaran kontena tersebut kepada pihak hospital.

Iklan

Sebelum ini, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo memaklumkan dua buah hospital termasuk HSAH memerlukan kontena sejuk beku bagi menempatkan mayat pesakit Covid-19 yang semakin meningkat.

Dr Othman turut menjelaskan, penggunaan katil bagi merawat pesakit Covid-19 termasuk di unit rawatan rapi pula sudah mencapai tahap 95 peratus di semua hospital di Kedah.