PEMAIN sayap Sri Pahang FC, Muhd Baqiuddin Shamsudin berazam meledak lebih banyak jaringan pada baki saingan Liga Super musim ini.
Baqiuddin yang telah menjaringkan dua gol setakat ini, bertekad menyumbang sekurang-kurangnya tiga hingga lima gol lagi pada baki saingan liga, sekali gus memperbaiki rekod peribadi yang meraih tiga gol secara keseluruhan ketika bersama UKM FC pada musim lepas.
Iklan
Iklan
Dia turut menyumbang satu gol pada perlawanan menentang Sabah FC minggu lepas yang menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2.
"Saya gembira apabila dapat bermain dengan Pahang dan saya juga tidak sangka sentiasa diberi kepercayaan untuk beraksi. Setiap kali jurulatih letak saya dalam kesebelasan utama, memang misi saya buat terbaik untuk pasukan,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini.
Selepas 16 perlawanan, Sri Pahang FC kini pada kedudukan kesembilan dengan 17 mata, hanya dibezakan satu mata dengan PJ City FC di tangga kelapan dan Sabah FC pula berada di tempat ketujuh dengan 18 mata. - Bernama
Artikel Berkaitan