ACEH - INDONESIA. Seramai 155 orang tahanan di Kota Bekasi adalah pengidap HIV / AIDS sehingga Disember 2018.
Menerusi Tribunnews, mereka terdedah kepada virus melalui penggunaan jarum suntik yang mengandungi narkotik secara bergantiandan juga mengamalkan seks bebas.
Pengerusi Rangkaian Positif Indonesia, Festika Rosani berkata, mereka terdedah kepada virus itu sebelum memasuki penjara.
"Apabila mereka disahkan merupakan pengidap HIV / AIDS, mereka segera mendapat bantuan khas untuk diberi kaunseling semasa tempoh tahanan mereka," kata Festika.
Katanya, bantuan diberikan supaya mereka bersemangat untuk menjalankan kehidupan seharian mereka, dan diberi pemahaman supaya virus tidak akan berjangkit kepada tahanan lain.
Daripada jumlah 155, terdapat 115 orang menjalani rawatan antiretroviral (ARV), sementara 40 yang lain belum dirawat.
"ARV adalah rawatan untuk rawatan jangkitan oleh retrovirus, terutama HIV," jelasnya.
Pada masa ini, lokasi rawatan untuk penghidap HIV telah tersebar di Kota Bekasi dan Kabupaten.
Untuk bandar Bekasi sahaja terdapat tiga klinik yang menyediakan rawatan untuk mengidap HIV.
Antaranya RSUD Kota Bekasi, RS Elisabeth, dan Hospital Ananda.
"Mereka boleh mendapatkan rawatan di ketiga-tiga hospital tersebut. Diharapkan pada masa depan lebih banyak klinik dapat dibuka," katanya.
Beliau berharap, pada tahun 2030 kes HIV dan AIDS akan dapat dikurangkan atau sekurang-kurangnya, kadar kematian yang disebabkan oleh virus tidak lagi berlaku.