Sinovac didapati 86 peratus berkesan cegah kemasukan ke hospital

Iklan
Vaksin Covid-19 Sinovac turut 89.7 peratus berkesan dalam mencegah kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU). - Foto AFP
SANTIAGO - Vaksin Covid-19 Sinovac berkesan 58.5 peratus untuk mencegah jangkitan simptomatik dalam kalangan jutaan rakyat Chile yang menerimanya.

Dapatan itu hasil kajian dibuat dalam tempoh Februari hingga Julai.

Perkara itu disahkan pihak berkuasa kesihatan Chile dalam laporan yang diterbitkan pada Selasa.

Iklan
Iklan

Pegawai Kesihatan, Rafael Araos berkata, CoronaVac berkesan 86 peratus dalam mencegah kemasukan ke hospital.

Vaksin tersebut turut 89.7 peratus berkesan dalam mencegah kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) dan 86 peratus berkesan dalam mencegah kematian dalam populasi.

Iklan
Iklan

Pada April, kajian sama mendapati bahawa vaksin Sinovac berkesan 67 peratus dalam mencegah penyakit simptomatik. - Awani