SHAH ALAM - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan menyampaikan sumbangan prihatin kepada golongan asnaf fakir dan miskin dari sekitar daerah Petaling dan Klang di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
Dalam satu kenyataan yang dikongsikan di Facebook Selangor Royal Office pada Selasa memaklumkan sumbangan prihatin menerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian (FAMA) Negeri Selangor.