Mesyuarat Exco Perak berjalan seperti biasa

Iklan
Saarani

IPOH - Mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri Perak berlangsung seperti biasa dengan dihadiri Exco daripada parti Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini pada Rabu.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad itu, bermula jam 10 pagi dengan memberikan tumpuan kepada agenda kelangsungan dalam menangani isu Covid-19 dan kebajikan rakyat.

Iklan
Iklan

Sinar Harian difahamkan, suasana mesyuarat berlangsung secara harmoni, meskipun berlaku kemelut politik susulan penarikan sokongan UMNO kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sumber mengesahkan pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa tanpa sebarang perubahan.

Iklan

Kerajaan negeri Perak dibentuk oleh 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari UMNO, Bersatu (4), Pas (3) dan Bebas (3).

Pada Disember tahun lalu, Saarani yang juga Pengerusi UMNO negeri mengumumkan pelantikan 10 ADUN masing-masing lima daripada UMNO, Bersatu, tiga dan Pas, dua bagi menganggotai Ahli Majlis Kerajaan Negeri Perak.

Iklan

Tiga ADUN Bersatu yang dilantik sebagai Exco adalah Datuk Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik) yang dilantik sebagai Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi (Tualang Sekah) sebagai Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Pelancongan; Datuk Abdul Yunus Jamahri (Kuala Kurau) selaku Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil.

Pas pula diwakili ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria diberikan tanggungjawab sebagai Exco Perladangan, Pertanian dan Sekuriti Makanan dan ADUN Selama, Mohd Akmal Kamarudin memegang portfolio Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.