PPV Bergerak MAIWP bantu asnaf dapatkan vaksinasi

Iklan
Mohd Daud (tiga dari kiri) beramah mesra bersama salah seorang penerima vaksin selepas menyempurnakan perasmian PPV Bergerak di Dewan Serbaguna Bandar Tun Razak, pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melancarkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak bagi membantu memudahkan proses pengambilan vaksin Covid-19 dalam kalangan asnaf.

Pengerusinya, Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata, inisiatif berkenaan memberi fokus utama untuk golongan asnaf yang merupakan penerima Bantuan Baitulmal MAIWP di samping membantu kerajaan mempercepatkan imuniti kelompok.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, menerusi usaha itu pihaknya menyasarkan seramai 7,500 asnaf di Wilayah Persekutuan yang masih belum menerima sebarang tarikh janji temu menerusi aplikasi MySejahtera.

"Untuk itu, bagi memudahkan mereka hadir dan mengambil suntikan vaksin Covid-19 ini, terdapat empat pilihan lokasi yang telah ditetapkan oleh MAIWP sebelum ini," katanya selepas menyempurnakan gimik pelancaran PPV Bergerak MAIWP di Dewan Serbaguna Bandar Tun Razak, di sini, pada Rabu.

Iklan

Selain Bandar Tun Razak, lokasi lain yang ditetapkan oleh MAIWP bagi menempatkan PPV Bergerak berkenaan adalah melibatkan kawasan Setiawangsa, Titiwangsa dan Seputeh.

Dalam pada itu, Mohd Daud berkata, inisiatif bersepadu melibatkan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu akan bermula dari 4 Ogos sehingga 12 September depan.

Iklan

"MAIWP berharap usaha ini akan mendapat sambutan baik dalam kalangan asnaf yang masih belum menerima sebarang tarikh janji temu," katanya.