'Tiada apa berlaku walau UMNO tarik sokongan'

Iklan
Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub

KOTA BHARU – Tiada sebarang perubahan berlaku pada kerajaan Kelantan walaupun UMNO telah menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN).

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut berkata, kerajaan masih lagi sah dan Perdana Menteri juga masih ada sebagaimana yang tertakluk dalam Perlembagaan.

Iklan
Iklan

"Penarikan daripada parti tidak memberi kesan kerana yang membuat akuan bersumpah (SD) menyokong kerajaan PN ialah ahli Parlimen,” katanya ringkas semasa dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.

UMNO dan Pas berada dalam Muafakat Nasional (MN) dan UMNO mengeluarkan pelbagai kenyataan serta pendirian terhadap kerajaan Persekutuan namun Pas masih tetap berpendirian sama.

Iklan

Pemimpin Pas sebelum ini juga menganggap perkara itu adalah urusan UMNO dan tiada kaitan dengan parti itu.

UMNO Kelantan melalui Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yakub kelmarin mahu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur dan melepaskan jawatannya selepas berlaku kemelut melibatkan isu penamatan tempoh darurat yang didakwa tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong.

Iklan

Pas bagaimanapun melihat perkara tersebut adalah pendirian UMNO Kelantan dan tidak ada kena mengena dengan mereka.