[DIKEMASKINI] DUA atlet berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengesahkan slot untuk beraksi pada perlumbaan pusingan pertama bagi acara pecut (sprint) apabila masing-masing menamatkan pusingan kelayakan pada kedudukan ke-12 dan ke-17 di Izu Velodrome, pada Rabu.
Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman itu, menamatkan pusingan kelayakan dengan mencatatkan 9.626 saat manakala Muhammad Shah Firdaus mencatatkan 9.700 saat bagi mengiringi 23 pelumba lain untuk beraksi di perlumbaan pusingan pertama.