BEIJING - Pakar Perancis, Gabriel Gras berkata, kemungkinan virus Covid-19 berpunca dari makmal Wuhan adalah sifar.
Gras yang terlibat dalam pembinaan dan perakuan makmal P4 Institut Pengajian Virus Wuhan itu yakin tentang keselamatan makmal tersebut dan menolak khabar angin media Barat.
Mengikut laporan, makmal tersebut dibina dengan usaha sama oleh Perancis dan China.
Menurut Gras, pembinaan dan pengoperasian makmal itu mematuhi standard yang amat ketat.
Sementara itu, kos pengoperasian makmal P4 adalah amat tinggi termasuk daripada segi dana mahupun masa.
Menurut Gras, patogen tahap keselamatan tiga tidak perlu dikendalikan di makmal tahap keselamatan empat; manakala patogen tahap keselamatan dua juga tidak perlu dikendalikan di makmal tahap keselamatan tiga.
Virus korona termasuk Covid-19 tergolong dalam patogen tahap dua atau tiga, bukanlah tahap empat.
Justeru katanya, virus Covid-19 adalah berasal dari alam semula jadi dan bukan 'dihasilkan' di makmal, inilah konsensus dalam kalangan saintis pada masa ini.
Gras pernah berkhidmat sebagai pakar teknologi di Kedutaan Perancis di China dan merupakan penyelaras pelaksanaan perjanjian kerjasama penyakit berjangkit baharu China-Perancis pada 2004. - Bernama