PM mempengerusikan mesyuarat kabinet

Iklan
Bangunan Perdana Putra - Foto Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin meneruskan tugasnya mempengerusikan mesyuarat kabinet dalam kehangatan suhu politik negara.

Mesyuarat tersebut diadakan pada 1 petang Rabu sejurus beliau selesai menyampaikan perutusan khas jam 12.30 tengah hari.

Iklan
Iklan

Mesyuarat berkenaan dihadiri oleh semua jemaah menteri kecuali Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang telah melepaskan jawatan Menteri Tenaga Dan Sumber Asli pada Selasa.

Mesyuarat berlangsung selama lebih satu jam dan kenderaan yang membawa Muhyiddin dilihat meninggalkan bangunan Perdana Putra pada jam 2.15 petang disusuli kenderaan menteri-menteri.

Iklan

Usaha pemberita untuk mendapatkan komen jemaah menteri tidak berhasil apabila tiada kenderaan yang berhenti.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan hanya melambaikan tangannya dan menjawab ringkas,"Tiada apa".

Iklan

Bangunan Perdana Putra menjadi tumpuan pemberita bagi mendapatkan berita mengenai pergolakan politik tanah air yang tercetus sejak minggu lalu.