Cara terbaik gugur kes ialah bodek, bukan melawan: Najib

Iklan
Najib

SHAH ALAM - Mereka yang mempunyai kes mahkamah pasti akan berbaik dengan Perdana Menteri untuk menggugurkan kes dan bukannya melawan, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib berkata demikian sebagai membalas pendedahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa didesak supaya mencampuri urusan mahkamah bagi membebaskan beberapa individu sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

Iklan
Iklan

"Akhirnya dia (Muhyiddin) salahkan dan menipu bahawa mereka yang menarik sokongan terhadap dia adalah mereka yang mahu kes digugurkan.

"Sedangkan cara terbaik untuk menggugurkan kes ialah dengan membodek dan bukan melawan dia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Rabu.

Iklan

Mengulas lanjut mengenai pembukaan sidang Parlimen, Najib mempersoalkan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri dalam sesi Parlimen yang akan berlangsung pada September dan bukannya sekarang.

"Dia kata dia percaya masih ada sokongan majoriti. Tapi dia berjanji pada Yang di-Pertuan Agong akan usulkan undi percaya terhadapnya pada sesi Parlimen pada September.

Iklan

"Kenapa pula bukan sekarang memandangkan kita baru masuk bulan Ogos. Sebab Covid-19 masih serang Parlimen ke?

"Tapi saya tengok mereka yang kononnya terdedah pada Covid-19 dalam Parlimen sudah bebas ke sini dan ke sana, siap mesyuarat tiap-tiap malam di rumah,” katanya secara sinis.

ARTIKEL BERKAITAN Muhyiddin umum masih kekal jawatan Perdana Menteri

Keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri terbatal: UMNO