Pejuang nafi adakan kerjasama dengan PN

Iklan
Kenyataan media Pejuang pada Rabu.

SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menafikan pihaknya melakukan sebarang kerjasama atau rundingan dengan mana-mana parti untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Penerangannya, Ulya Aqamah Husamudin berkata, tiada sebarang kerjasama dilakukan kerana kerajaan PN jelas gagal mentadbir negara.

Iklan
Iklan

"Pejuang secara tegas menafikan sebarang kerjasama atau rundingan dengan mana-mana pihak telah dilakukan.

"Pejuang juga tidak pernah menandatangani sebarang akuan bersumpah (SD) sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Ulya Aqamah sehubungan itu berkata, sebarang tular yang mendakwa Pejuang bekerjasama dengan kerajaan adalah palsu dan tidak bertanggungjawab.

Jelasnya, parti itu tetap konsisten menyatakan bahawa tidak bersetuju dengan kerajaan sedia ada.

Iklan

"Pejuang berkali-kali meminta Perdana Menteri dan kabinetnya meletakkan jawatan.

"Fokus kami masih kekal kepada langkah-langkah untuk mengatasi permasalahan rakyat dalam menghadapi masalah kesihatan dan ekonomi,” jelas beliau.