40 bot dikerah cari nelayan dikhuatiri lemas

Iklan
Gambar hiasan
ACEH - INDONESIA. Seorang nelayan yang hilang ketika turun ke laut di pantai Panteraja, Pidie Jaya sejak Khamis kira-kira 5.30 pagi belum ditemui.

Menerusi laporan Tribunnews, pencarian Nur Darman, 39 dengan melibatkan 40 bot nelayan Kuala Panteraja.

Pencarian dilakukan di sepanjang perairan Panteraja, Meureudu, Ulim, Bandar Dua, hingga Samalanga di Kabupaten Bireuen.

Penasihat Panglima Laut Kabupaten Pijay, Ir Muhammad Bentara berkata, pencarian dilanjutkan pada hari kedua setelah para nelayan sepakat dalam satu mesyuarat ayng diputus diadakan pada Khamis malam.

"Kami sepakat supaya pencarian terus dilakukan dan kosnya dikumpulkan oleh ratusan nelayan di Kuala Panteraja.

"(Kami) juga berharap usaha pencarian ayah dua anak ini dapat ditemui segera," ujarnya.