PENERJUN negara, Pandelela Rinong mara ke saingan separuh akhir acara terjun 10 meter (m) platform individu wanita selepas menyudahkan peringkat kelayakan di kedudukan ke-18 pada aksi di Pusat Akuatik Tokyo pada Rabu.
Pandelela menamatkan saringan kelayakan itu dengan mengumpul keseluruhan 284.90 mata daripada lima terjunan sekali gus berada dalam kelompok 18 penerjun terbaik yang layak ke separuh akhir.
Iklan
Iklan
Namun, nasib berbeza dialami seorang lagi wakil negara yang juga harapan pingat, Cheong Jun Hoong yang menyudahkan saingan tersebut di kedudukan ke-26 daripada 30 penerjun dengan mata keseluruhan 251.80.
Peringkat kelayakan tersebut didominasi oleh jaguh dari China, Chen Yuxi dengan 390.70 mata, manakala Quan Hongchan di kedudukan kedua (364.45) mata disusuli penerjun Amerika Syarikat, Delaney Schnell (360.75) mata.
Aksi separuh akhir dan akhir akan berlangsung pada Khamis.