ALOR GAJAH - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan berlangsung selama lima hari bermula pada 6 September depan.
Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Rauf Ab Jusoh berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.
Iklan
Iklan
Menurutnya, setakat ini tiada usul khusus yang diputuskan namun perkara yang akan dibawa dalam sidang DUN akan dimuktamadkan sebelum tempoh tersebut.
"Kita pun baru dapat kelulusan dan usul akan ditamatkan dalam tempoh sebelum sidang DUN.
"Semua yang memerlukan perhatian kerajaan untuk kebaikan dan keharmonian rakyat juga akan dibincangkan dalam persidangan itu," katanya ketika ditemui di kediaman beliau di Villa D'Aqua di Kampung Pulau, Masjid Tanah, di sini, pada Rabu.
Sebelum ini sidang DUN dijangka pada pertengahan Julai lalu dan kali terakhir dilaksanakan pada awal Disember tahun lalu.