Persidangan DUN Johor diteruskan 12 Ogos ini

Iklan
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dijadualkan pada Khamis depan akan diteruskan seperti ditetapkan. - Foto laman web rasmi Dewan Negeri Johor

JOHOR BAHRU - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dijadualkan pada Khamis depan akan diteruskan seperti ditetapkan, kata Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya baharu menerima satu usul sahaja berkenaan program vaksinasi kepada rakyat Johor dan notis makluman pembukaan semula persidangan DUN telah dihantar kepada semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Iklan
Iklan

Suhaizan juga menasihati wakil rakyat agar menumpukan perbincangan dan perbahasan lebih menjurus kepada keperitan rakyat yang terkesan berikutan pandemik Covid-19.

"Bagi memastikan perjalanan DUN berjalan dengan lancar, persiapan ketat sedang giat dijalankan terutama pematuhan prosedur operasi standard (SOP) mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti Pembentangan Bajet Johor Oktober lepas," katanya.

Iklan

Suhaizan mengesahkan setakat ini hanya seorang ADUN disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin. - Bernama

Iklan