Penganalisis politik, Dr Achmad Dzariean meninggal dunia

Iklan
Allahyarham Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri.

ALOR SETAR - Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri, 41 meninggal dunia di rumahnya di Changlun pada pagi Rabu.

Perkara tersebut disahkan oleh adiknya, Achmad Dzarim melalui Facebooknya dan difahamkan Allahyarham Achmad Dzariean mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia.

Iklan
Iklan

"Abang saya Achmad Dzariean Mohd Nadzri telah kembali ke rahmattullah pada pagi ini di kediaman beliau di Changlun, Kedah.

"Urusan pengebumian akan dimaklumkan nanti. Mohon sedekahkan al-Fatihah moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” tulisnya di Facebook.

Iklan

Achmad Dzariean merupakan antara penganalisis politik yang sering memberikan pandangan kepada Sinar Harian berhubung isu semasa politik di Malaysia.

Pemergian Achmad Dzariean dirasai ramai pihak termasuk rakan-rakan universiti, sahabat-handai dan mereka yang mengenali dengan mencoretkan ucapan takziah di Facebook.

Iklan