Kediaman Muhyiddin terus dikunjungi menteri

Iklan
Sebuah kenderaan dengan plat pendaftaran ‘Menteri’ memasuki ke kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini terus dikunjungi menteri-menteri Kabinet pada Rabu.

Pada jam 5.45 petang, dilihat sebuah kenderaan dengan plat pendaftaran ‘Menteri’ memasuki ke kediaman Muhyiddin.

Iklan
Iklan

Sekumpulan petugas media tempatan ketika ini turut berada di luar kawasan rumah Muhyiddin.

Pada Rabu, Muhyiddin selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengumumkan beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Iklan

Dalam pertemuan itu, beliau dimaklumkan terdapat lapan ahli Parlimen UMNO yang menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menarik sokongan kepadanya.

Muhyiddin berkata, Seri Paduka Baginda berkenaan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri ditentukan menerusi usul undi percaya dalam sidang Dewan Rakyat pada September nanti.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN Muhyiddin umum masih kekal jawatan Perdana Menteri

Keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri terbatal: UMNO


Kerajaan PN masih ada sokongan majoriti, termasuk dari PKR: Zahidi

Saya masih punyai kepercayaan majoriti, kata Muhyiddin