Pemuda PN kecam tindakan MP, pembangkang ganggu gugat politik

Iklan
Khairil Nizam Khirudin

SHAH ALAM - Pemuda Perikatan Nasional (PN) mengecam tindakan lapan ahli Parlimen dan pihak pembangkang yang cuba mengganggu gugat kestabilan politik.

Ketuanya, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berkata, ini kerana ketika ini kerajaan dan petugas barisan hadapan sedang bertungkus-lumus melawan pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

"Pemuda PN merafak sembah menjunjung kasih di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menentukan keabsahan beliau di Parlimen.

"Kami berdiri teguh dan berkeyakinan penuh bahawa perdana menteri mempunyai majoriti selesa untuk terus mentadbir, membawa kita semua keluar dari krisis ini melalui Pelan Pemulihan Negara yang sedang berjalan lancar,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Iklan

Beliau turut memuji ketegasan dan prinsip Muhyiddin yang menghormati kedaulatan undang-undang dengan tidak melayan desakan supaya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

Tambahnya, Pemuda PN sentiasa berpegang kepada konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) serta akan meneruskan politik khidmat bakti kepada rakyat.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN Muhyiddin umum masih kekal jawatan Perdana Menteri

Keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri terbatal: UMNO


Kerajaan PN masih ada sokongan majoriti, termasuk dari PKR: Zahidi

Saya masih punyai kepercayaan majoriti, kata Muhyiddin