'Teruskan berdoa bagi kejayaan Pandelela'

Iklan
Pandelela Rinong

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meminta rakyat Malaysia agar mendoakan kejayaan ratu terjun negara, Pandelela Rinong yang bakal beraksi pada peringkat separuh akhir 10 meter (m) platform individu wanita Sukan Olimpik Tokyo pada Khamis.

Reezal Merican yang bersyukur atas pencapaian Pandelela melayakkan diri ke separuh akhir selepas menghuni tangga ke-18 dalam pusingan awal hari ini, berharap agar atlet dari Sarawak itu juga mampu membuat kemunculan di akhir juga akan berlangsung Khamis.

Iklan
Iklan

"Doakan terbaik agar Pandelela dapat capai keputusan terbaik untuk negara esok,” katanya dalam satu video dikongsi kepada media pada Rabu.

Pandelela Rinong berdepan detik cemas, apabila menjadi penerjun terakhir layak ke separuh akhir manakala seorang lagi penerjun negara Cheong Jun Hoong, terlepas peluang ke peringat seterusnya selepas menduduki tempat ke-26, susulan prestasi yang kurang konsisten pada terjunan awal.

Iklan

Pandelela mengumpul 284.90 mata, manakala Jun Hoong pula 251.80 mata.

Beliau yang ketika ini berada di Tokyo bagi menyatakan sokongan kepada atlet negara, sekali lagi mengajak orang ramai untuk memberikan tumpuan kepada Pandelela yang masih membawa cabaran negara pada Khamis.

Iklan

Bagaimanapun, beliau tidak menganggap persembahan atlet termasuk Jun Hoong sebagai suatu kekurangan, kerana mereka telah melakukan terbaik walaupun berdepan tempoh sukar sebelum ini, termasuk kekurangan aksi kompetitif susulan pandemik Covid-19.

Katanya, situasi itu bukan sahaja melanda atlet negara malah banyak kejutan berlaku dalam temasya Olimpik kali ini, termasuk kegagalan beberapa bintang sukan ternama dunia untuk meraih pingat. - Bernama