KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang atau lebih dikenali Tian Chua dilantik sebagai Penasihat Khas Menteri Kerja Raya, berkuat kuasa 1 Mac ini.
Menterinya, Baru Bian, dalam kenyataan hari ini berkata, Tian Chua memiliki pengalaman luas, berperwatakan dan berprinsip selain aktif dan mempunyai hubungan baik dengan badan bukan kerajaan (NGO) di dalam dan luar negara.