Sabah, KL sama kuat di Likas

Iklan
Antara aksi menarik perlawanan Sabah FC menentang KL City FC pada aksi Liga Super di Stadium Likas malam tadi. FOTO: Sabah Football Club

HASRAT Sabah FC untuk mengakhiri kemarau kemenangan dalam lima perlawanan terakhir masih tidak kesampaian apabila sekadar melakar keputusan seri 1-1 ketika melayan kunjungan KL City FC pada aksi Liga Super di Stadium Likas malam tadi.

Anak buah skuad kendalian Kurniawan Dwi Yulianto yang sebelum ini melakar tiga keputusan seri dan tewas dalam dua perlawanan terakhir mereka bagaimanapun terlebih dulu dikejutkan jaringan sendiri pemain The Rhinos, Randy Baruh pada minit ke-22.

Iklan
Iklan

Tersentak dengan jaringan itu, tuan rumah cuba mengasak, namun ketumpulan penyudah di samping kekentalan bahagian pertahanan pelawat kendalian Bojan Hodak memastikan kedudukan babak pertama kekal 1-0.

Bersambung babak kedua, Sabah FC kembali memperkemaskan permainan dalam usaha memburu gol penyamaan yang akhir hadir menerusi sepakan percuma Levy Clement Madinda pada minit ke-65.

Iklan
Iklan